Ad Mangga

Nuffnang

Jumaat, 20 Mei 2011

Beli Insurance dan takaful Itu Membazir..Betul Ker??

Ini adalah dialog saya dengan sahabat baik saya kira- kira 2 minggu yang lepas di hadapan sekolah semasa menunggu anak saya pulang dari sekolah.. Bedasarkan Kisah benar

Saya                : Bos, bila lagi nak miliki insurance? Gaji ko pon dah lima digit sekarang ni?

MR. Prospek    : Ala, Zal tak payah lah beli insurance.. Nak buat apa membazir jer..company aku kerja sekarang cover aku dengan insurance...lagi pon aku nak tukar kereta Estima Aeras.

Saya                : Betul Bos, company bos memang bagus sediakan semua keperluan insurance.. tapi     macam mana suatu hari nanti bos sakit rasa-rasanya company bos akan bayar bos punya medical fee tak?

Mr Prospek    : Mestilah kan company dah sediakan insurance..

Saya              : Betul..bos memang pandai tapi kalau sakit tu sakit kritikal?? berapa lama compay bos nak bayar gaji bos? tak kan MC sampai setahun company nak bayar Gaji? mesti company bos bayar pampasan bos suruh berhenti KERANA company BUAT UNTUNG bukan Charity!! Setuju tak bos?
Mr. Prospek  : Pandailah ko cakap..

Saya             : Saya bercakap pasal benda ni kenyataan sekarang ni..ramai Profesional MELAYU         perasan dia duit banyak..macam BOS ni :) tapi bila sakit nanti mintak derma kat TV3..tak pon METRO..kerana sayangkan masa depan bos saya cadangkan bos kena miliki insurance..

Mr. Prospek : Nak buat apa amik insurance Zal, esok mati anak aku senang senang jer dapat duit..

Saya            : Esok kalau ko mati anak ko paling kecik 7 tahun paling tua 14 tahun..Boleh ker yg tua tu kerja?

Mr. Prospek : Tak apalah EPF aku banyak..Aku nak kelaurkan Estima dulu.. kalau ada lebih baru aku
                     pikirkan..

Saya            : Tak apalah bos, saya tak akan amik kes bos bila Bos sakit nanti..saya cuma boleh derma seratus ringgit sahaja pada bos..

Mr Prospek  : Ala jangan lah merajuk....

Saya            : Bukan Merajuk..masalahnya mind set ko tidak berubah biarpun aku dah nasihat ko sejak 4 tahun dulu..apahal pun ko rujuk kat risalah ni berapa ramai yang claim di USIA 40 Tahun ke atas macam ko.. Insurance boleh di miliki dengan kesihatan.. bukan duit..

Note: Sehingga hari ini saya masa baik dengan Mr Prospek. Risalah yang saya tunjukan adalah seperti Di bawah..Insurance bukan sesuatu membazir.. Insurance adalah sahabat setia kita yang kita sentiasa abaikannya semasa kita senang..Tetapi insurance tetap membantu kita di waktu kita sakit dan memerlukan ..insurance adalah sahabat kita..hanya boleh di miliki semasa sihat..

Risalah di bawah menceritakan GE Telah membayar pampasan kepada mereka yang di timpa bencana dan kesusahan..RM128.9 JUTA... hanya dalam masa 3 bulan..


Di bawah ni pulak agihan pampasan mengikut UMUR, JANTINA dan kerjaya..


Sebarang Pertanyaan Sila hubungi Saya Mohd Rizzal Pakar Kewangan Islam anda di Talian 0167782912.

Rabu, 18 Mei 2011

Macam mana nak untung? Pasaran saham tengah jatuh !!

Suatu nota kecil di dedikasikan kepada pelanggan pelanggan Unit Trust Saya..


Andaikan anda ingin menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidkan anak anda. Selain daripada melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki semasa pasaran adalah tinggi, anda memutuskan untuk melabur RM1000 setiap bulan dalam satu dana unit amanah seperti yang di tunjukkan dalam carta kat tepi ini.

Pengiraan:-

RM12,000 bahagi dengan (Unit Keseluruhan )62,408.28 unit = , purata harga seunit anda adalah RM0.1923

Kalau anda ingin mengira keuntungan masa Disember , harga seunit adalah 0.2510 - (purata harga seunit) 0.1923 =anda telah mengaut keuntungan RM0.0587 per unit!!

Dengan itu, nilat pelaburan amanah saham anda pada bulan Disember ialah RM15,664.48. Anda telah mendapat keuntungan RM3,664,48, iaitu 30%

Jika anda telah membuat pelaburan dalam bulan Januari dan (kerana pasaran saham jatuh , terdengar cerita kawan-kawan anda) terikut emosi dan tidak menambahkan pelaburan anda selepas itu, anda pasti tidak dapat apa-apa keuntungan lagi, malah masih berada di tahap kerugian. Oleh demikian bila anda telah melabur dengan Dollar Cost Averaging atau Pemurataan Kos Ringgit, anda telah dapat mengurangkan kerugian anda dan juga mendapat keuntungan dengan lebih cepat.

Dengan pasaran saham yang jatuh, saya pun ada terima macam-macam reaksi dari pelabur-pelabur saya.


Ada yang panik dan tak nak buat apa-apa pelaburan buat masa sekarang, ada pulak yang teruja dan masih nak melabur, dan kejarkan saya untuk berjumpa dengan mereka.

Ada berpendapat mengatakan "Saya tak nak beli saham amanah sekarang sebab tengah jatuh. Saya takut nanti terus jatuh dan rugi. Saya akan beli bila saham dah naik"

Pakar dan analisis saham mengatakan "BUY LOW, SELL HIGH". Bermakna jika kita buat sedikit kajian daripada graf apa-apa fund pun, sekarang memang tengah jatuh dan msa yang paling sesuai untuk membeli.

Ianya umpama pasaran saham atau unit amanah ini tengah ada jualan besar-besaran. Terdapat banyak sangat peluang yang hebat jika anda boleh sahaja memahami situasi ini tanpa terlalu emosi atau dengar cakap orang ramai.

Ada yang masuk tahun lepas dalam keadaan rugi sekarang. Ye, situasi itu tidak dinafikan. Tetapi jika kita masih ada simpanan di tempat lain, sekaranglah masa paling sesuai untuk beli.

Sifat amanah saham ia tidak akan terus jatuh menjunam, lambat laun ia akan naik juga kerana ia mengurangkan risiko melalui pemelbagaian portfolio pelaburan.

Satu lagi, amalkan sifat menabung secara konsisten setiap bulan walaupun sedikit. Ini akan mengurangkan kos pelaburan anda dan dapat mengoptimimkan pulangan.

Perlu diingat, unit amanah ialah pelaburan untuk jangkamasa panjang, biasanya melebihi 3 tahun. Ia umpama menanam sebuah ladang pokok durian, selepas 3-5 tahun baru dapat rasa hasil.

Ingin lebih tahu mudah sahaja, hubungi saya Pakar Kewangan Islam Anda..Rizzal 016-7782912

Selasa, 17 Mei 2011

Rancang

Kenapa pulak perlu merancang kewangan ni? Apa nak beli insurance membazir jer ni. compamny aku dah cover semua., saya kan kakitangan kerajaan, semua kerajaan tanggung, manfaat hospital free, pinjaman mudah dan berpencen lagi, jadi saya tidak perlu merancang kewangan” mungkin ini adalah antara dialog popular yang biasa kita dengar dari kakitangan kerajaan dan tidak kurang juga dari kakitangan swasta yang berpangkat tinggi!!

Pandangan di atas adalah antara alasan popular yang diberikan oleh kebanyakkan orang apabila isu perancangan kewangan diajukan. Baiklah, dalam dialog di atas, ada beberapa isu yang perlu diperjelaskan antaranya ialah,

Kegagalan individu itu untuk melihat masa hadapan dan yakin bahawa kehidupannya akan sentiasa bernasib baik.

Golongan ini gagal untuk memahami bahawa kehidupan adalah seumpama roda, adakalanya di atas dan keadaan ini sepatutnya digunakan untuk persediaan bagi situasi yang kedua iaitu hal keadaan kita di bawah. Pada keadaan kedua ini, kita perlukan bantuan dan pertolongan orang. Alangkah bagusnya sekiranya kita telah menyediakan persediaan untuk menghadapi keadaan kita ketika pusingan roda kita di bawah. Bayangkan pula bagaimana keadaan kita sekiranya kita tidak punya persediaan? Teruk bukan?

Dari mana kaedah ini diambil dari ajaran Islam? Kaedah di atas diambil dari Kisah Nabi Yusuf a.s yang mentakwilkan mimpi Raja Mesir iaitu 7 tahun makmur digunakan sebagai tabungan untuk persediaan 7 tahun yang gersang. Inilah aspek celik perancangan kewangan yang disuluh dari aspek sirah yang tercatat di dalam al-Quran.

7 tahun makmur digunakan untuk persediaan bagi menghadapi 7 tahun meleset dan sukar. Bagaimana sekiranya pada tahun makmur itu kita tidak merancang dan menyimpan? sumber manakah yang akan kita gunakan pada tahun kemelesetan dan kesempitan itu?

Akan ada orang berkata sepanjang hidup tak pernah pun keadaan ini berlaku. Jawapannya mudah sahaja, Sama ada keadaan di atas pernah berlaku atau tidak ianya bukanlah satu jaminan bahawa dia tidak akan melalui zaman kemelesetan dimasa hadapan. Tiada jaminan orang yang tidak pernah melalui kesempitan akan terlepas darinya bahkah orang itu perlu lebih berhati hati lagi.

Pokok perbincangan disini ialah, satu seruan kepada semua untuk memulakan perancangan kewangan. Merancang untuk bila dan bagaimana untuk pergi haji, bila dan bagaimana untuk memiliki aset, merancang tabungan dan bekalan untuk menempuh zaman persaraan yang tenang, merancangan untuk menyediakan harta waqaf sebagai pelaburan apabila kita telah tiada kelak.

Aspek penting di dalam perancangan kewangan ialah penetapan matlamat kewangan. Apa matlamat kewangan anda? pernahkah anda terfikir tentangnya? jika ye sudahkah anda merancang bagaimana untuk membiayainya?. Sudah tentu anda perlu memikirkan aspek kewangan di dalam perancangan anda kerana setiap perkara memerlukan wang untuk melaksanakannya. Tak percaya?

Contohnya, anda mempunyai seorang anak yang berumur 7 tahun, mahu anak anda melanjutkan pelajaran peringkat tinggi ke luar negeri. Baiklah mari kita sama sama fikirkan berapakah simpanan yang diperlukan untuk membolehkan anda menghantar anak anda ke luar negara?

Biasiswa kerajaan kan ada” ujar seseorang? Ya betul biasiswa ada, tetapi anda yakin anak anda akan memperolehinya? bagaimana sekiranya tak dapat biasiswa adakah anda akan membatalkan hasrat tersebut?. Jadi kesimpulannya apapun perancangan peribadi kita ia perlu juga disokong oleh perancangan kewangan, bukankah kita sering dengar dan lihat pelajar yang cemerlang enggan melanjutkan pelajarannya kerana tidak punya kewangan yang mencukupi.Hidarilah masaalah ini terjadi kepada diri anda..

Kalau anda ingin tahu bagaimana untuk merancangkan kewangan dan melindungi harta anda sila hubungi saya, Rizzal pakar kewangan Islam anda di talian 016 7782912 untuk penerangan percuma..

Selasa, 12 April 2011

Jebakan Hutang..

Antara kesilapan sering dilakukan kebanyakan individu adalah terlalu banyak berhutang .


MELANGKAH ke alam pekerjaan adalah titik permulaan bagi anda untuk mula mendalami aspek pengurusan kewangan.

Ia juga tempoh bagi anda untuk memulakan aspek perancangan kewangan yang kelak akan memastikan anda dapat hidup dengan wang mencukupi ketika dewasa dan tidak terjebak dengan kancah hutang serta tidak menghadapi masalah perbelanjaan bulanan.

Inilah juga masanya untuk anda mencari akaun perbankan yang sesuai untuk mendapatkan faedah sepenuhnya daripada akaun perbankan yang dipilih itu.

Untuk mendapatkan manfaat daripada akaun berkenaan, anda perlu membandingkan kadar dan manfaat yang ditawarkan produk yang berbeza. Sebagai individu yang baru bekerja, anda tentunya ingin mengetahui apakah kaedah bayaran alternatif yang menyenangkan yang boleh digunakan untuk pembelian sebagai ganti kepada kaedah membayar secara tunai.

Jika pendapatan tahunan anda melebihi RM18,000, anda bolen memohon kad bayaran termasuk kad kredit. Bandingkan kad yang ditawarkan, dan yang lebih penting, ketahui bagaimana untuk mengurus penggunaan kad itu kerana penggunaan yang tidak terkawal boleh membawa bebanan kewangan.

Jika anda ingin membeli rumah atau kereta sendiri pula, terdapat pelbagai pinjaman perumahan dan sewa-beli kenderaan yang boleh membiaya pembelian itu yang ditawarkan oleh pelbagai institusi perbankan.

Bagaimanapun, ada baiknya anda membuat perbandingan produk yang ditawarkan itu.

Lihat perbezaan harga dan ciri-ciri pinjaman. Anda juga harus ingat, dengan pembelian rumah atau kenderaan, anda juga perlu mendapatkan perlindungan insurans untuk rumah, kenderaan atau pinjaman anda.

Satu lagi aspek yang perlu diambil kira sebagai individu bekerja adalah untuk mengambil tahu perkara mengenai insurans perubatan dan kesihatan serta insurans berkaitan pelaburan supaya anda dilindungi sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.


Namun, langkah pertama yang perlu dilakukan sebaik mula melangkah ke alam pekerjaan adalah merancang perbelanjaan bulanan.

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda bergaji besar atau kecil bagi tujuan mencapai matlamat kewangan iaitu sama ada bagi membeli kereta, rumah, pergi melancong, mendirikan rumah tangga atau bagi tujuan persaraan.

Antara kesilapan yang sering dilakukan kebanyakan daripada kita adalah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan.

Namun, anda sebenarnya boleh mengelak daripada melakukan kesilapan sebegini dengan mengawasi tabiat berbelanja anda. Selepas anda menentukan matlamat kewangan yang ingin dicapai, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik supaya matlamat itu mudah dicapai.


Ingat bahawa matlamat anda dalam masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Menerusi pemerhatian itu, anda dapat mengetahui:

*Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang?

*Berapa banyak hutang anda setiap bulan?

*Berapa baki wang yang masih ada di hujung bulan?

Sekiranya wang anda tidak berbaki pada hujung bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja.

Justeru, teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah dibeli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda.

Pelan perbelanjaan itu juga dapat membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana wang dibelanjakan dan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan itu serta mula merancang simpanan anda.

Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:

*Tentukan jumlah pendapatan bulanan anda.

*Tambah jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan, bayaran balik pinjaman pelajaran, pinjaman kereta, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain.

*Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim seperti membayar cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain.

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Khamis, 3 Mac 2011

Bagaimana Merancang Kewangan?

Anda tahu pentingnya merancang Kewangan. Tapi tak tahu bagaimana nak bermula. Adakah Harta Penting milik anda antara yang berikut :


Isteri . Suami . Anak- anak

Ibu Bapa . Adik Beradik

Rumah . Kereta

Syarikat . Pekerjaan

Anda terlalu sibuk nak ambil tahu tentang merancang masa hadapan? Jika kita tidak merancang sekarang, bagaimana Masa Tua kita nanti ?

Hidup mesti ada tujuan dan pengakhirnya. Jadi, kenalah merancang kerana setiap apa yang berlaku mestilah ada penyebabnya.

Terimalah kenyataan kehidupan hari ini. Sebagai contoh :

Mati itu pasti. Tapi masih tak bersedia untuk buat Persediaan untuk orang yang akan terus hidup selepas kita tiada. Selalunya kita beranggapan, bila berlaku nanti, pandai-pandailah mereka teruskan kehidupan.

Ingin bersara awal. Bersara maknanya tidak bekerja. Jika tak simpan duit sekarang, mana datangnya duit itu esok hari?

Anak-anak mestilah jadi pandai. Sebab itu hantar Tuisyen. Kalau pelajaran teruk, anda yang turut susah hati. Harapan ibubapa, selepas SPM Anak mesti masuk Universiti. Tapi masuk Universiti bukannya percuma. Jika tak merancang sekarang, di mana nak cari duit RM10,000 tu nanti?

Satu cara nak lipat gandakan wang yang ada sekarang adalah melalui pelaburan. Tapi tak tahu macamana nak melabur dan malas nak belajar. Akhirnya, simpan saja di Bank. Paling mudah, simpan dalam Amanah Saham (itupun kalau rajin pergi Bank, cari Parking, nak simpan Amanah Saham).


Kalau meninggal dunia, semua duit dalam akaun bank, hartabenda dan hartanah akan dibekukan. Pasangan kena turun naik Mahkamah untuk dapatkan Letter of Administration (LA) untuk Pengagihan Harta, proses paling cepat 5 tahun. Tak termasuk kos guaman dan kos-kos yang lain. Jalan mudah kenalah buat Wasiat tapi malangnya tak sempat nak buat!

 
Semua di atas hanyalah sebahagian sahaja. Banyak lagi yang kita biasa dengar dan ada ketikanya buat-buat tak dengar ?

Kebanyakan kita tahu kepentingan di atas, cuma tak tahu bagaimana nak bermula dan siapa nak tanya. Kami tahu bagaimana anda rasa kerana dulu pun, kami merasainya juga.

Cerita saya mungkin hampir sama dengan Anda ?



Penat betul pergi kerja 5 hari seminggu.

Masuk jam 8pagi, balik jam 6petang.

 
Kalau kerja tak habis dan

Urgent, kena kerja lebih masa hingga jam 8malam.

Hari berganti hari, tak sedar dah 11 tahun bekerja makan gaji. Kerja Keras jadi Belanja mesti keras juga. Setiap hujung bulan, duit dalam akaun bank habis juga. Bila nak simpan, bulan depan saja la!

Kalau macam ini, kena buat Simpanan secara Paksa. Manalah tahu jika berlaku musibah, bagaimana keluarga nak teruskan kehidupan.

Pasangan dah tentu ada komitmen untuk membayar Bahagian dia. Anak-anak pula siapa nak tanggung pelajaran mereka. Harapkan adik beradik, masing-masing ada komitmen mereka sendiri.



Jadi apalagi hubungi saya  di 016 7782912 unutk mengetahui bagaimana saya menyelesaikan masalah ini secara terancang sejak 4 tahun lalu.