Ad Mangga

Nuffnang

Khamis, 3 Mac 2011

Bagaimana Merancang Kewangan?

Anda tahu pentingnya merancang Kewangan. Tapi tak tahu bagaimana nak bermula. Adakah Harta Penting milik anda antara yang berikut :


Isteri . Suami . Anak- anak

Ibu Bapa . Adik Beradik

Rumah . Kereta

Syarikat . Pekerjaan

Anda terlalu sibuk nak ambil tahu tentang merancang masa hadapan? Jika kita tidak merancang sekarang, bagaimana Masa Tua kita nanti ?

Hidup mesti ada tujuan dan pengakhirnya. Jadi, kenalah merancang kerana setiap apa yang berlaku mestilah ada penyebabnya.

Terimalah kenyataan kehidupan hari ini. Sebagai contoh :

Mati itu pasti. Tapi masih tak bersedia untuk buat Persediaan untuk orang yang akan terus hidup selepas kita tiada. Selalunya kita beranggapan, bila berlaku nanti, pandai-pandailah mereka teruskan kehidupan.

Ingin bersara awal. Bersara maknanya tidak bekerja. Jika tak simpan duit sekarang, mana datangnya duit itu esok hari?

Anak-anak mestilah jadi pandai. Sebab itu hantar Tuisyen. Kalau pelajaran teruk, anda yang turut susah hati. Harapan ibubapa, selepas SPM Anak mesti masuk Universiti. Tapi masuk Universiti bukannya percuma. Jika tak merancang sekarang, di mana nak cari duit RM10,000 tu nanti?

Satu cara nak lipat gandakan wang yang ada sekarang adalah melalui pelaburan. Tapi tak tahu macamana nak melabur dan malas nak belajar. Akhirnya, simpan saja di Bank. Paling mudah, simpan dalam Amanah Saham (itupun kalau rajin pergi Bank, cari Parking, nak simpan Amanah Saham).


Kalau meninggal dunia, semua duit dalam akaun bank, hartabenda dan hartanah akan dibekukan. Pasangan kena turun naik Mahkamah untuk dapatkan Letter of Administration (LA) untuk Pengagihan Harta, proses paling cepat 5 tahun. Tak termasuk kos guaman dan kos-kos yang lain. Jalan mudah kenalah buat Wasiat tapi malangnya tak sempat nak buat!

 
Semua di atas hanyalah sebahagian sahaja. Banyak lagi yang kita biasa dengar dan ada ketikanya buat-buat tak dengar ?

Kebanyakan kita tahu kepentingan di atas, cuma tak tahu bagaimana nak bermula dan siapa nak tanya. Kami tahu bagaimana anda rasa kerana dulu pun, kami merasainya juga.

Cerita saya mungkin hampir sama dengan Anda ?



Penat betul pergi kerja 5 hari seminggu.

Masuk jam 8pagi, balik jam 6petang.

 
Kalau kerja tak habis dan

Urgent, kena kerja lebih masa hingga jam 8malam.

Hari berganti hari, tak sedar dah 11 tahun bekerja makan gaji. Kerja Keras jadi Belanja mesti keras juga. Setiap hujung bulan, duit dalam akaun bank habis juga. Bila nak simpan, bulan depan saja la!

Kalau macam ini, kena buat Simpanan secara Paksa. Manalah tahu jika berlaku musibah, bagaimana keluarga nak teruskan kehidupan.

Pasangan dah tentu ada komitmen untuk membayar Bahagian dia. Anak-anak pula siapa nak tanggung pelajaran mereka. Harapkan adik beradik, masing-masing ada komitmen mereka sendiri.



Jadi apalagi hubungi saya  di 016 7782912 unutk mengetahui bagaimana saya menyelesaikan masalah ini secara terancang sejak 4 tahun lalu.

Tiada ulasan: