Ad Mangga

Nuffnang

Sabtu, 10 Julai 2010

Mengapa Memilih Untuk Menjadi Miskin di Malaysia?


Bumi Malaysia bukanlah bumi yang gersang. Bumi sangat bertuah kerana memperolehi hujan dan panas yang mencukupi untuk kita tidak perlu menjadi miskin! Ini fakta!!

Cuba kita renungkan dan lihat bagaimana di dada-dada akhbar mengutuk warga Indonesia berniaga di premis-premis tempatan. Bagi saya mengapa kita perlu marahkan warga Indonesia?? Sepatutnya kita perlu memarahi diri dan cara kita berfikir. Kita patut menjauhi pemikiran ibu ,ayah atuk dan nenek kita mengalak kan kita belajar pandai pandai bila besar nanti kita boleh kerja bagus!! boleh kerja GOMEN..!! Lihat di luar sana ramai para pengangur di kalagan masyarakat Melayu. Ibu Bapa Kakak Abang bangga anak -anak , adik adik mereka memegang jawatan besar di firma swasta dan GOMEN!! ini adalah metaliti dan daya usaha pemikiran anak Melayu kita dewasa ini. Biarpun  sudah sepuluh tahun  atau sudah satu dekad melewati tahun milinium bangsa Melayu masih berfikir Mesti belajar pandai-pandai dan nanti boleh dapat kerja bagus! sampai kapan SAKA pemikiran ini akan hilang? Pemikiran ini tidak akan hilang selagi kita MALAS berfkir. MALAS berusaha. MALAS keluar dari ZON selesa kita, MALAS Berubah!

Ibu, Bapa, kawan -kawan Melayu  memandang rendah pada peniaga-peniaga kecil. Memandang rendah pada salesman, memandang rendah pada penasihat-penasihat insurance. Tanpa mereka sedari bahawa mereka yang di pandang hina itu sebenarnya Jutawan Senyap. Orang yg mempunyai harga diri yang tinggi kerana ingin mengikuti sunah rasul (SAW) berniaga!!Mereka ini lah yg berani bersuara bila sesuatu kesalahan berlaku di depan mata kerana mereka inilah yg benar-benar MERDEKA di bumi bertuah ini. Mereka inilah yang menyimpan dahulu baru berbelanja. Ini adalah ciri-ciri & sikap seorang jutawan. "MENYIMPAN DAHULU BARU BELANJA".

Manakala DELEMA pemakan gaji, BELANJA DULU BARU SIMPAN! ini kerana duit gaji tidak cukup. Kerna setiap tahun kenaikan gaji cuma 5% ~ 10%. Kenyataan nya kadar inflasi sangat tinggi. Mujurlah ada simpanan EPF, ada PENCEN. Tapi persoalannya kenapa menurut Kajian selepas 3 tahun wang simpanan Habis! Akhirnya jadi pak cik "GUARD".

Kita tak boleh mengharapan sesiapa untuk menjadi kaya ita hanya perlu berfikir dengan baik, berkerja kuat dan tawakal. JADI JANGAN MALAS!!! dan Jangan Suka di perbodohkan! Orang bodoh dan malas selalunya yang jadi miskin! Maaf sekiranya tulisan ini menyinggung rakan-rakan dan sahabat sahabat melayu..bingkisan ini hanyalah untuk menyedaran kalian hidup miskin bukan satu pilihan di bumi Malaysia ini. Saya tidak kesah jika kamu tidak bersetuju kerana dengan tidak bersetuju kita akan lebih rajin erfikir! Adios!!

Jumaat, 19 Februari 2010

Bagaimana untuk Merancang persaraan.

Bersara merupakan salah satu impian bagi seorang pekerja. Di Malaysia umur bersara adalah 55 tahun dan dimasa kini saya amat yakin bahawa ramai yang menyambung kontrak untuk bekerja. Menikmati persaraan adalah satu senario yang sangat berbeza bagi setiap orang.




Merancang persaraan anda lebih awal

Saya pernah melakukan sedikit kajian terhadap persaraan dikalangan peniaga pasar basah di sekitar Skudai dan pelbagai jawapan saya terima. Kebanyakan daripada mereka memberi jawapan bahawa mereka akan terus berniaga walaupun telah menjangkau umur untuk bersara kerana bagi mereka berniaga dan bekerja adalah menjadi darah daging mereka. Namun begitu terdapat juga sebilangan yang menyatakan bahawa mereka berniaga untuk mengumpul wang bagi bersara awal.

Disini saya akan bincangkan tips untuk merancang persaaan anda.

Tips no. 1: Tetapkan umur untuk bersara.

Setiap orang mempunyai target masing-masing untuk mereka bersara. Ada yang ingin bersara pada umur seawal 40 tahun dan ada yang ingin bersara selepas berumur 65 tahun. Jadi anda tentukan umur anda untuk bersara. Umur bersara akan menentukan jumlah tahun yang bakal anda lalui tanpa bekerja dan menjana wang. Ini sangat penting bagi menentukan jumlah wang yang diperlukan untuk menampung kehidupan sepanjang tempoh tersebut.

Tips no. 2: Tetapkan tempoh waktu persaraan.

Tempoh waktu persaraan boleh dikira dengan menggunakan tempoh mortaliti umur manusia. Menurut kajian, secara purata lelaki sekarang boleh hidup sehingga umur 75 tahun manakala wanita boleh hidup sehingga umur 80 tahun. Maka sekiranya anda seorang wanita dan ingin bersara pada umur 55 tahun, tempoh untuk anda bersara adalah selama 25 tahun (80 tahun-55 tahun).

Tips no. 3 : Tetapkan jumlah wang yang diperlukan untuk menyara kehidupan bulanan.

Satu kajian umum menyatakan bahawa, pesara memerlukan sejumlah 60% daripada gaji terakhirnya untuk menampung keperluan selepas bersara. Sekiranya gaji terkhir yang diterima adalah RM 5000 setiap bulan, maka sebanyak RM 3000 diperlukan setipa bulan untuk bersara. Namun begitu anda sendiri boleh mencongak keperluan anda yang dijangka untuk digunakan untuk menyara keperluan bulanan anda. Faktor penyusutan wang akibat inflasi patut diambil kira dalam langkah ini.

Tips no 4: Tentukan instrumen pengagihan wang semasa bersara.

Insrtumen yang saya maksudkan disini adalah sama seperti wang pencen yang diterima oleh pesara kerajaan dimana setiap bulan mereka akan menerima wang persaraan. Sebagai orang persendirian, instrumen yang boleh anda gunakan adalah Bank dan juga syarikat kewangan yang menawarkan skim-skim anuiti seperti syarikat insuran dan syarikat pelaburan amanah (Unit Trust).

Tips no 5: Menetapkan jumlah wang yang perlu ada pada masa mula bersara.

Penetapan jumlah wang untuk bersara adalah berdasarkan kepada keperluan bulanan yang telah anda tetapkan pada Tips no. 3. Jumlah wang ini bergantung kepada instrumen pengagihan wang yang bakal anda tentukan di Tips no 4. Saya berikan satu contoh yang menyamai contoh pada Tips no. 3 dimana keperluan bulanan untuk bersara adalah sebanyak RM 3000. Jika anda mempunyai wang pelaburan sebanyak RM 360 000 dan menghasilkan pulangan 10% setiap bulan maka jumlah RM3000 telah berjaya dicapai.

Pelaburan Asas : RM 360 000

Pulangan Tahunan : 10%

Keuntungan tahunan : RM 36 000

Keperluan bulanan : RM 3000 (Tercapai RM 36 000/ 12 bulan)

Oleh yang demikian Wang pelaburan asas anda tidak boleh diusik langsung dan menjamin keperluan anda untuk bersara dengan memperolehi wang RM 3000 setiap bulan tanpa perlu risau.

Tips no. 6: Menentukan jumlah wang yang perlu disimpan.

Untuk menentukan jumlah wang yang perlu untuk disimpan jangan lupa memasukkan jumlah wang yang ada si KWSP dan jumlah wang simpanan persendirian yang telah anda buat sendiri.

Rancang lah untuk persaraan anda seawal mungkin bagi membolehkan anda memiliki masa yang lebih panjang untuk menikmati persaraan. Anda juga boleh mengunakan calkulator persaraan (retirement calculator) yang ada di internet untuk membuat anggaran wang yang perlu anda simpan.

Selasa, 19 Januari 2010

Antara diriku & doktor…..


Berdasarkan kisah benar yang sering berlaku di kalangan masyarakat kini.... Di petik dari Mohd Erwan.Blogspot
Seorang isteri membawa suaminya berjumpa seorang doktor pakar setelah diperkenalkan oleh seorang doktor hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan yang segera. Pada mulanya memang niat di hati ingin meneruskan sahaja rawatan di hospital kerajaan tetapi maklumlah senarai menunggu di hospital sangat penuh & terpaksa menanti jadual yg ditetapkan sedangkan suaminya perlu segera diselamatkan. Suaminya terus ditempatkan ke ICU & selepas 2 bulan dirawat dgn pelbagai teknologi suaminya tetap meninggal dunia.Pening si balu memikirkan cara membayar bil rawatan apatah lagi pihak majikan arwah suaminya baru memberhentikannya dari kerja kerana kerap tidak hadir ke kerja maka tiada lagi tanggungjawab majikan utk memperbiayai kos rawatan. Kisah malang si pesakit tadi telah diceritakan pada diriku oleh doktor pakar tadi maklumlah dia berkawan dengan ku sejak kecil. Berikut adlh antara dialog kami…..

Diriku: Adakah kamu meminta bayaran pada si balu?

Doktor: Mestilah.akukan doktor pakar.

Diriku: Bagaimana dengan pihak hospital pula?

Doktor: Sudah tentu bayaran dikenakan.Ubat-ubatan,alat-alat hospital,penggunaan wad semuanya perlu di bayar jika tidak tindakan undang2 boleh di ambil.

Diriku: Bukankah ini tidak adil.Si isteri menyerahkan segala kepercayaan kepada anda & pihak hospital bagi menyelamatkannya.Tetapi anda semua gagal,namun si balu tetap terpaksa membayar di atas kegagalan kamu di saat beliau terpaksa memikirkan cara membesarkan anak2 tanpa pendapatan suami.Peliknya pihak kamu tetap mahukan bayaran.Bagaimana beliau hendak bayar?

Doktor:Tetapi inilah adat dunia sekarang.Memang rawatan apatah lagi pihak swasta boleh diberikan segera & terbaik tetapi bukan percuma.Sekiranya pesakit diberikan rawatan percuma,pasti perniagaan perubatan tidak berjalan.

Diriku: Memang betul pada saat ini semua orang telah kembali menguruskan jenazah, tinggallah keluarga si mati kesedihan & doktor pun tidak diperlukan lagi.sekarang terpaksalah diriku menjadi doktor bukannya doktor penyakit tetapi lebih penting lagi doktor KEHIDUPAN.

Doktor: Maksud kau?

Diriku: Aku lah yg akan membantu membayar bil hospital tadi melalui pelan insurans perubatan peribadi arwah.Kami jugalah yg merancang supaya anak2nya tetap memenuhi impian arwah menjejak kaki ke universiti.Kami pastikankeluarganya tetap dapat meneruskan cara hidup tanpa perlu MERAYU & MENGEMIS. Sebenarnya arwah seorang yg berTANGGUNG JAWAB.Semasa hayatnya arwah ada mengambil insurans peribadi dgn diriku sebagai langkah2 menghadapi situasi yg tidak diingini begini.Sekarang aku menunaikan amanatnya.Cuba engkau buktikan pula peranan diri mu wahai doktor??

Doktor: Tidak lagi bersuara……

Dialog di atas bukanlah bertujuan mengkritik kerjaya doktor tetapi ingin bertujuan mengubah mind-set kita semua yang kerjaya penasihat insurans adalah suatu kerjaya yang sama tarafnya & mungkin dalam beberapa situasi lebih penting berbanding doktor. Di saat doktor merawat pesakit kami mengurangkan bebanan kewangan pesakit & memberi sinar dalam kehidupan.Memang ramai dikalangan masyarakat terutama melayu tidak sedar kepentingan insurans & kerjaya penasihat insurans yang faedahnya memberi kesan jangka panjang.Kami penasihat insurans mengambil kesempatan ketika anda SIHAT tetapi doktor mengambil kesempatan berdasarkan kesakitan anda.Walau bagaimanapun kami sama-sama saling memerlukan.

Rabu, 13 Januari 2010

Piramid Pengurusan Kewangan

Di sebelah ini merupakan sebuah Piramid yang menceritakan perkara asas di dalam merancang kewangan. Perkara yang paling utama di sini kita hendaklah memahami bagai manakah untuk mempraktikan perancangan kewangan kita berdasarkan piramid di sebelah. Konsepnya masih sama dengan piramid pemakanan. Yang mana besar itulah yang lebih UTAMA.
Maintain a stable living expenses ( Mengekalkan Kestabilan Perbelanjaan )
Tanyakan diri kita kenapa ini adalah langkah pertama yang harus kita praktikan? Bagaimana kita boleh praktikan supaya tahap kewangan kita sentiasa stabil?  Caranya mudah sahaja! Syarat yang pertama pastikan pembayaran HUTANG secara ansuran bulanan kita seperti rumah dan kereta tidak melebihi 40% dari gaji kita. Maksud saya di sni, hasil tambah ansuran kereta dan rumah tidak lebih 40% dari gaji BERSIH kita.Contohnya jika anda bergaji bersih kita RM2000 selepas di tolak EPF & SOCSO, jumlah ansuran bulanan kita untuk rumah dan kereta hanyalah RM800.00 sahaja. Ini bermakana dengan pendapatan bersih RM 2000 kita hanyalah mampu memandu kereta ansuranya RM 250 sahaja dan Rumah max RM 550 & utility hanyalah RM 100 sebulan. Ini sangat penting supaya kita tidak memerlukan sebarang penjamin untuk kemudahan pinjaman kita. Jadi dengan ini kita mampu mengekalkan ke stabilan kewangan kita.

Income Protection, Disease & Medical Coverage. ( Jaminan Perlindungan pendapatan, sakit & perubatan)
Ini adalah pekara yang sangat penting di dalam perancangan kewangan kita. Ini kerana tiada siapa di antara kita yang boleh menjamin diri mereka sentiasa sihat . Tiada siapa di antara kita yang boleh mengelak dari mendapat sakit kritikal seperti kanser, jantung, kegagalan buah pinggang, menjadi lumpuh.  Andai kata tiba-tiba kita di jangkiti sakit jantung memerlukan kos rawatan sehingga RM50K adakah kita mampu membayarnya? bagai mana duit ansuran rumah? Kereta? adakah tanggung jawab kita terhenti? Hakikatnya aset yang paling berharga pada kita hari ini adalah keupayaan kita untuk hidup sihat dan menjana pendapatan. Akhirnya kita sedar inilah hakikatnya. Tapi adakah kita telah mengambil tindakan untuk melindungi penadapatan diri kita dari sebarang kemungikinan. Sedarkah kita dengan hanya menabung RM5/- sehari sebenarnya kita boleh menyelesaikan masalah di atas? untuk keterangan lanjut boleh email saya di rizzal.ge@gmail.com

Back-up Fund ( Tabungan Kecemasan)
Ini adalah perkara sangat penting dalam perancangan kewangan kita. Sebolehnya kita hendaklah menabung tabung kecemasan kita sekurangnya 3 bulan dari gaji kasar kita. Sebaiknya 6 bulan. Ini kerana di dalam keadaan ekonomi sekarang kemunginan kita di berhentikan kerja adalah sangat tinggi.jadi tabungan selama 6 bulan boleh membantu kita mengekalkan kehidupan kita sebelum mendapat pekerjaan yang baru. Selain itu kematian ahli keluarga, kereta rosak juga boleh menggunakan tabung kecemasan ini. Yang menariknya dengan adanay tabungan ini anda sebenarnya tidak memerlukan kredit kad untuk berbelanja. Tetapi awas anda mestilah sentiasa mengekalkan tabungan ini secepat mungkin jika ia berkurangan.

Saya akan sentuh tingkat seterusnya di post akan datang.

Selasa, 12 Januari 2010


Mengapa saya memilih nama life jacket 2u. Life jacket2u secara tersiratnya bermaksud baju keselamatan untuk anda. Secara amnya kita mengetahui bahawa hidup kita merupakan suatu pelayaran dan pengembaraan. Bayangkan kita pergi memancing ikan di lautan yang luas tanpa membawa life jacket. Tiba-tiba lautan bergelora dan bot kita karam, sudah pasti kita akan kelemasan dan tercungap-cungap kerana tiada tempat berpaut. Di sinilah tugas saya sebenarnya mahu memastikan setiap dari kita memiliki life jacket untuk meneruskan kehidupan kita sehingga akhirnya. Harus di ingat bukan di dalam bot sahaja kita di bekalkan dengan life jacket di kapal terbang juga kita di bekalkan dengan life jacket. Tujuannya sebagai langkah keselamatan kita jika terdapat musibah di perjalanan kita. Jadi pastikan diri kita memiliki life jacket.