Ad Mangga

Nuffnang

Rabu, 18 Mei 2011

Macam mana nak untung? Pasaran saham tengah jatuh !!

Suatu nota kecil di dedikasikan kepada pelanggan pelanggan Unit Trust Saya..


Andaikan anda ingin menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidkan anak anda. Selain daripada melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki semasa pasaran adalah tinggi, anda memutuskan untuk melabur RM1000 setiap bulan dalam satu dana unit amanah seperti yang di tunjukkan dalam carta kat tepi ini.

Pengiraan:-

RM12,000 bahagi dengan (Unit Keseluruhan )62,408.28 unit = , purata harga seunit anda adalah RM0.1923

Kalau anda ingin mengira keuntungan masa Disember , harga seunit adalah 0.2510 - (purata harga seunit) 0.1923 =anda telah mengaut keuntungan RM0.0587 per unit!!

Dengan itu, nilat pelaburan amanah saham anda pada bulan Disember ialah RM15,664.48. Anda telah mendapat keuntungan RM3,664,48, iaitu 30%

Jika anda telah membuat pelaburan dalam bulan Januari dan (kerana pasaran saham jatuh , terdengar cerita kawan-kawan anda) terikut emosi dan tidak menambahkan pelaburan anda selepas itu, anda pasti tidak dapat apa-apa keuntungan lagi, malah masih berada di tahap kerugian. Oleh demikian bila anda telah melabur dengan Dollar Cost Averaging atau Pemurataan Kos Ringgit, anda telah dapat mengurangkan kerugian anda dan juga mendapat keuntungan dengan lebih cepat.

Dengan pasaran saham yang jatuh, saya pun ada terima macam-macam reaksi dari pelabur-pelabur saya.


Ada yang panik dan tak nak buat apa-apa pelaburan buat masa sekarang, ada pulak yang teruja dan masih nak melabur, dan kejarkan saya untuk berjumpa dengan mereka.

Ada berpendapat mengatakan "Saya tak nak beli saham amanah sekarang sebab tengah jatuh. Saya takut nanti terus jatuh dan rugi. Saya akan beli bila saham dah naik"

Pakar dan analisis saham mengatakan "BUY LOW, SELL HIGH". Bermakna jika kita buat sedikit kajian daripada graf apa-apa fund pun, sekarang memang tengah jatuh dan msa yang paling sesuai untuk membeli.

Ianya umpama pasaran saham atau unit amanah ini tengah ada jualan besar-besaran. Terdapat banyak sangat peluang yang hebat jika anda boleh sahaja memahami situasi ini tanpa terlalu emosi atau dengar cakap orang ramai.

Ada yang masuk tahun lepas dalam keadaan rugi sekarang. Ye, situasi itu tidak dinafikan. Tetapi jika kita masih ada simpanan di tempat lain, sekaranglah masa paling sesuai untuk beli.

Sifat amanah saham ia tidak akan terus jatuh menjunam, lambat laun ia akan naik juga kerana ia mengurangkan risiko melalui pemelbagaian portfolio pelaburan.

Satu lagi, amalkan sifat menabung secara konsisten setiap bulan walaupun sedikit. Ini akan mengurangkan kos pelaburan anda dan dapat mengoptimimkan pulangan.

Perlu diingat, unit amanah ialah pelaburan untuk jangkamasa panjang, biasanya melebihi 3 tahun. Ia umpama menanam sebuah ladang pokok durian, selepas 3-5 tahun baru dapat rasa hasil.

Ingin lebih tahu mudah sahaja, hubungi saya Pakar Kewangan Islam Anda..Rizzal 016-7782912

Tiada ulasan: