Ad Mangga

Nuffnang

Selasa, 17 Mei 2011

Rancang

Kenapa pulak perlu merancang kewangan ni? Apa nak beli insurance membazir jer ni. compamny aku dah cover semua., saya kan kakitangan kerajaan, semua kerajaan tanggung, manfaat hospital free, pinjaman mudah dan berpencen lagi, jadi saya tidak perlu merancang kewangan” mungkin ini adalah antara dialog popular yang biasa kita dengar dari kakitangan kerajaan dan tidak kurang juga dari kakitangan swasta yang berpangkat tinggi!!

Pandangan di atas adalah antara alasan popular yang diberikan oleh kebanyakkan orang apabila isu perancangan kewangan diajukan. Baiklah, dalam dialog di atas, ada beberapa isu yang perlu diperjelaskan antaranya ialah,

Kegagalan individu itu untuk melihat masa hadapan dan yakin bahawa kehidupannya akan sentiasa bernasib baik.

Golongan ini gagal untuk memahami bahawa kehidupan adalah seumpama roda, adakalanya di atas dan keadaan ini sepatutnya digunakan untuk persediaan bagi situasi yang kedua iaitu hal keadaan kita di bawah. Pada keadaan kedua ini, kita perlukan bantuan dan pertolongan orang. Alangkah bagusnya sekiranya kita telah menyediakan persediaan untuk menghadapi keadaan kita ketika pusingan roda kita di bawah. Bayangkan pula bagaimana keadaan kita sekiranya kita tidak punya persediaan? Teruk bukan?

Dari mana kaedah ini diambil dari ajaran Islam? Kaedah di atas diambil dari Kisah Nabi Yusuf a.s yang mentakwilkan mimpi Raja Mesir iaitu 7 tahun makmur digunakan sebagai tabungan untuk persediaan 7 tahun yang gersang. Inilah aspek celik perancangan kewangan yang disuluh dari aspek sirah yang tercatat di dalam al-Quran.

7 tahun makmur digunakan untuk persediaan bagi menghadapi 7 tahun meleset dan sukar. Bagaimana sekiranya pada tahun makmur itu kita tidak merancang dan menyimpan? sumber manakah yang akan kita gunakan pada tahun kemelesetan dan kesempitan itu?

Akan ada orang berkata sepanjang hidup tak pernah pun keadaan ini berlaku. Jawapannya mudah sahaja, Sama ada keadaan di atas pernah berlaku atau tidak ianya bukanlah satu jaminan bahawa dia tidak akan melalui zaman kemelesetan dimasa hadapan. Tiada jaminan orang yang tidak pernah melalui kesempitan akan terlepas darinya bahkah orang itu perlu lebih berhati hati lagi.

Pokok perbincangan disini ialah, satu seruan kepada semua untuk memulakan perancangan kewangan. Merancang untuk bila dan bagaimana untuk pergi haji, bila dan bagaimana untuk memiliki aset, merancang tabungan dan bekalan untuk menempuh zaman persaraan yang tenang, merancangan untuk menyediakan harta waqaf sebagai pelaburan apabila kita telah tiada kelak.

Aspek penting di dalam perancangan kewangan ialah penetapan matlamat kewangan. Apa matlamat kewangan anda? pernahkah anda terfikir tentangnya? jika ye sudahkah anda merancang bagaimana untuk membiayainya?. Sudah tentu anda perlu memikirkan aspek kewangan di dalam perancangan anda kerana setiap perkara memerlukan wang untuk melaksanakannya. Tak percaya?

Contohnya, anda mempunyai seorang anak yang berumur 7 tahun, mahu anak anda melanjutkan pelajaran peringkat tinggi ke luar negeri. Baiklah mari kita sama sama fikirkan berapakah simpanan yang diperlukan untuk membolehkan anda menghantar anak anda ke luar negara?

Biasiswa kerajaan kan ada” ujar seseorang? Ya betul biasiswa ada, tetapi anda yakin anak anda akan memperolehinya? bagaimana sekiranya tak dapat biasiswa adakah anda akan membatalkan hasrat tersebut?. Jadi kesimpulannya apapun perancangan peribadi kita ia perlu juga disokong oleh perancangan kewangan, bukankah kita sering dengar dan lihat pelajar yang cemerlang enggan melanjutkan pelajarannya kerana tidak punya kewangan yang mencukupi.Hidarilah masaalah ini terjadi kepada diri anda..

Kalau anda ingin tahu bagaimana untuk merancangkan kewangan dan melindungi harta anda sila hubungi saya, Rizzal pakar kewangan Islam anda di talian 016 7782912 untuk penerangan percuma..

Tiada ulasan: